Sarjan Mejar Mohd. Nor Abd. Rashid, 59, dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan pukul 7.30 pagi itu.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, ketika kejadian mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga FLX yang dipandu isteri, Siti Rahja Ujang, 56, bersama anak, Muhammad Aiman, 18.

“Apabila tiba di lokasi nahas, kereta mangsa bertembung dengan sebuah kereta Nissan Almera dari arah Seremban ke Rembau yang dipercayai terbabas dan memasuki laluan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Anuar Bakri berkata, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Katanya, isteri dan anak mangsa serta lelaki yang memandu kereta Nissan Almeera yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE