Budak tiga tahun mati ditikam lebih 30 kali

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dijumpai mati dengan lebih 30 kesan tikaman di badannya yang dipercayai dibunuh oleh bapa saudaranya di sebuah rumah di Taman Kepong, Kuala Lumpur, semalam.

Doktor mendapati 30 kesan luka pada mangsa semasa pemeriksaan awal dilakukan di Hospital Sime Derby di Desa Park City,

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, berdasarkan hasil keterangan saksi, suspek berusia 21 tahun itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan itu.

Kanak-kanak itu ditemukan oleh nenek mangsa kira-kira pukul 9 malam di sebuah bilik stor di tingkat bawah rumah tersebut dalam keadaan ditutupi kain putih serta berlumuran darah.

“Ketika kejadian, Ibu mangsa sedang tidur bersama seorang bayi di tingkat atas manakala neneknya keluar.

“Setengah jam kemudian, neneknya pulang dan terkejut apabila mangsa ditemukan dengan puluhan kesan tikaman.

“Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital di Kepong dan pakar perubatan di sana telah menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Munusamy, polis juga telah menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 kerana kes bunuh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.