‘Doktor tak benarkan Anwar terima pelawat’

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata prosedur rawatan terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalami kecederaan tulang belakang berjalan lancar.

“Suami saya perlu melalui prosedur khas. Alhamdullilah, ia berjalan lancar dan dia sedang berehat.

“Doktor gembira, dan dia terpaksa hentikan pelawat untuk sementara waktu,” kata Wan Azizah pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Jawatankuasa Asean bagi Pengurusan Bencana kali ke-32 dan mesyuarat berkaitan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini.

Wan Azizah juga memohon maaf atas kelewatannya kerana harus menjaga suaminya yang juga ketua umum PKR.

Anwar dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan ambulans pada malam Sabtu lalu selepas mengadu sakit bahu dan belakang badan.

Beliau dilaporkan mengalami kesakitan selepas kembali dari Turki, namun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.