Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, maklumat pelanggan itu diperoleh pihaknya daripada pengurusan perkhidmatan e-hailing GrabCar bagi membantu siasatan kes setelah permohonan dibuat.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kami dimaklumkan dan percayai penumpang terakhir yang menggunakan khidmat e-hailing mangsa merupakan seorang lelaki warga asing.

“Usaha mengesan warga asing terbabit giat dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kong Seng memberitahu, hasil bedah siasat yang dilakukan mangsa didapati sesak nafas sebelum meninggal dunia.

“Pada leher mangsa juga didapati terdapat kesan melecet dipercayai dijerut, namun punca kematiannya disebabkan sesak nafas kerana didakwa ditekup menggunakan baju T miliknya sendiri.

“Siasatan lanjut pada mangsa mendapati dompet serta satu telefon bimbit milik mangsa hilang,” ujarnya.

Jelas Kong Seng, motif pembunuhan setakat ini masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE