Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, balai bomba berkenaan akan dibina secara berperingkat dalam tempoh lima tahun berdasarkan kepada keutamaan.

“Kita belum memuktamadkan lagi jumlah kos sebenar tetapi secara puratanya, setiap kos balai bomba dianggarkan RM14 juta dan pada masa ini sebanyak 44 balai bomba sedang dalam proses pembinaan.

“Selain itu, kita telah mengenal pasti kira-kira 60 balai bomba yang uzur untuk dipindahkan dan dibina baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mohamad Mentek; Ketua Pengarah JBPM, Muhammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Balai Bomba Bukit Angin Temerloh yang bernilai RM14 juta siap pada 13 September 2013 dan mempunyai 51 anggota.

Pada masa ini, terdapat 290 buah balai bomba di seluruh negara dengan 14,000 anggota dan pegawai tetap. – UTUSAN ONLINE