Setiausaha Agungnya, Datuk Hasan Mad berkata, DEB sepatutnya dipinda atau ditambah baik dan tidak sewenang-wenangnya ditamatkan pelaksanaannya pada tahun 1990.

Katanya, untuk menamatkan pelaksanaan dasar itu, kerajaan sepatutnya wajib terlebih dahulu memperoleh perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

“Dalam hal ini, perkara itu tidak dilakukan, maka adalah salah di sisi undang- undang untuk DEB itu ditamatkan begitu saja.

“MPM telah pun menyerahkan nota cadangan mengenai Pengislahan Agenda Ekonomi Diterajui Komuniti Ekonomi Bumiputera, kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan lepas dan kini menunggu masa untuk temujanji berjumpa beliau bagi menghuraikan lebih lanjut cadangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE