Timbalan Presiden Anak, Mohd. Nasaie Ismail berkata, salah satu laporan itu adalah isu penjualan saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures (FGV).

Sementara dua lagi katanya, isu pembelian hotel di London, Kuching dan Kota Kinabalu oleh Felda Investment Corp (FIC) dan pembelian Eagle High Plantation oleh FIC Properties.

“Laporan ini bertujuan menyahut komitmen baru Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan kesediaan untuk membuka siasatan terhadap kes-kes lama,” katanya kepada pemberita di luar bangunan SPRM di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE.