Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, gerakan itu tertarik untuk memerhati dengan teliti kes berkenaan memandangkan Najib merupakan bekas pemimpin parti lawan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah hari ini.

Beliau berharap, kerajaan hari ini tidak akan menggunakan sebarang pengaruh atau mengambil tindakan yang boleh mengganggu proses perbicaraan dan kebebasan mahkamah dalam membuat keputusan.

“MCW akan membuat permohonan menghantar peguam pemerhati untuk kes ini bagi memerhati dan mengambil maklum perjalanan perbicaraan kes ini.

“Hal ini amat penting dalam melihat dan menilai proses perundangan serta menyaksikan ujian terhadap ketelusan dan integriti `Rule of Law’ Malaysia yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE