Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, masalah sosial seperti ini bukan sahaja membimbangkan kalangan ibu bapa malah masyarakat secara keseluruhan dan menjejas imej negara di mata negara luar.

“Rasa sedih apabila saban hari mendengar perkhabaran mengenai peningkatan kes-kes kematian bayi dan kanak-kanak dipercayai akibat didera. Pihak kementerian seharusnya fokus dalam menangani kes-kes sebegini.

“Kita tidak nampak sebarang tindakan jelas dan tegas diambil kementerian dalam menangani kes-kes sebegini setakat ini walaupun sejak mereka menang pilihan raya beberapa kes sudah dilaporkan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini. – UTUSAN ONLINE