Pemantau Hak Asasi Manusia Syria memberitahu, beberapa serangan mengenai kawasan yang ditawan kerajaan di selatan Sweida iaitu kawasan padang pasir yang masih dikuasai Daesh.

Serangan itu berlaku seminggu selepas kempen kerajaan Syria yang disokong Rusia untuk menyingkirkan anggota Daesh daripada tempat persembunyian mereka di kawasan berhampiran.

Menurut agensi tersebut, empat pengebom bunuh diri menyasarkan bandar Sweida manakala yang lain menyerang beberapa kampung di utara dan timur selain menembak mati penduduk yang berada di rumah masing-masing.

Seramai 94 yang terbunuh adalah penyokong kerajaan kebanyakannya penduduk di kampung yang mempertahankan kampung halaman masing-masing. – AFP