Marina tegur pendirian Wan Azizah tentang isu LGBT yang didakwa haram

PETALING JAYA: Aktivis sosial Marina Mahathir menegur kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai mereka yang menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Anak sulung kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat teguran itu melalui Twitter apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata dalam satu temu bual bersama pihak stesen radio BFM bahawa dia tidak akan membiarkan gaya hidup masyarakat LGBT, sambil menambah bahawa ia adalah haram.

Marina menulis: “Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram?

Beliau turut berkongsi pautan di Twitter tentang artikel yang disiarkan Nikkei Asian Review yang memaparkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berkata: “Masyarakat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza; dan harus menghormati mereka yang berbeza, termasuk golongan gay, biseksual dan transgender.”

“Bagaimana sekarang @drwanazizah?” tanya Marina.

Marina sebelum ini turut menegur Dr Wan Azizah yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiadak tindakan akan diambil ke atas lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini gadis 11 tahun di Thailand. – The Star

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.