Penyokong sedia menangis jika Man United bertemu Ronaldo

OLD Trafford akan menyambut kedatangan salah seorang ‘anak kesayangannya’ – Cristiano Ronaldo.

Satu detik yang pasti bermakna apabila penyerang Juventus itu kembali ke padang lamanya selepas kelab Itali yang disertai Ronaldo seri menentang anak buah Jose Mourinho dalam Liga Juara-Juara.

Tetapi, penyokong United dan pesaing kelab itu tidak begitu optimis dengan peluang mereka setelah melihat keadaan terkini skuad tersebut.

Gambar Mourinho berselindung di sebalik kain berwarna biru yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @klossed disamakan dengan pemain United, Chris Smalling dan Phil Jones yang takut berdepan Ronaldo.

Manakala, seorang lagi pengguna Twitter @smwarewa menulisL “Smalling dan (Eric) Bailly menentang Ronaldo = (sama seperti) malapetaka.”

Rata-rata mereka cuba memperkecilkan kemampuan pemain United untuk beraksi menentang Juventus tidak lama lagi.

Nampaknya, penyokong bukan hanya gusar dengan pertembungan kelab tersebut dengan Ronaldo selepas United tewas dua kali berturut-turut kepada Brighton (3-2) dan Tottenham (3-0).

Pemilik akaun Twitter @manlikebanksz berkata: “Ronaldo, (Paolo) Dybala, Douglas Costa. Menentang Smalling, Jones, (Ashley) Young.

“Peminat Manchester United, marilah kita menangis sekarang… air mata,” katanya.

Eurosport melaporkan, perlawanan tersebut pasti amat mengujakan dan berbaloi untuk ditonton.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.