Proses Memuktamadkan Penyata Hutang Peneroka FELDA Dijalankan Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) menegaskan bahawa usaha untuk mengeluarkan penyata hutang peneroka yang dimuktamadkan telah bermula sejak Disember 2016 lagi sekaligus menafikan laporan RTM yang menyatakan bahawa FELDA gagal menyediakan penyata hutang peneroka.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh FELDA hari ini, pihak berkenaan menjelaskan bahawa penyata hutang peneroka terbahagi kepada dua iaitu penyata hutang Interim (belum dikunci) dan penyata hutang dimuktamadkan ( belum dikunci)

Penyata hutang Interim merangkumi hutang pembangunan kebun dimana ianya adalah penyata hutang peneroka bagi tempoh tahun pertama hingga tahun kelapan semasa program tanam semula berjalan dan hanya dimuktamadkan pada tahun kesembilan selepas pengurusan rancangan FELDA mendapat persetujuan bersama pihak yang terlibat dalam program tanaman semula tersebut.

Bagi penyata hutang Interim ini, ianya akan dikeluarkan oleh pengurusan rancangan dan diedarkan kepada peneroka setiap suku tahun untuk semakan manakala penyata yang telah dimuktamadkan akan dikeluarkan sendiri oleh Ibu Pejabat FELDA dan diedarkan oleh pengurusan rancangan setiap suku tahun.

Dalam kenyataan media tersebut turut dijelaskan ialah penyata hutang dimuktamadkan,dimana ianya merangkumi Hutang Pembangunan Kebun , Hutang Sosioekonomi dan hutang Baja.

Untuk rekod 62% dari 112,635 peneroka telah menjalankan program tanam semula dan 50% dari itu masih dalam tempoh 8 tahun tanam semula yang telah mendapat penyata hutan Interim.

Walaubagaimanapun setelah berbincang dengan baki peneroka,hanya 18% sahaja bersetuju memuktamadkan hutang mereka manakala selebihnya masih menjadi pertikaian dan tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dibincangkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.