Tiket Konsert “Metallica Live In Malaysia” Mula Dijual 6 Julai Ini
Oleh Darlina ShashaJuly 4, 2013 : 3:32 pm


metalicca

 

INI boleh jadi satu berita baik buat peminat rock band lagenda, Metallica.

Buat pertama kalinya, Metallica akan membuat persembahan di Malaysia pada 21 Ogos 2013 dan perkara ini telah pun disahkan oleh laman web rasmi Metalicca.

Konsert yang bakal diadakan pada 21 Ogos ini akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Tiket akan mula dijual di kaunter tiket Galaxy bermula 6 Julai ini di Farenheit 88, Jalan Bukit Bintang pada harga RM380, RM350 dan RM195 untuk tempat duduk bebas (free seating) dan RM680, RM550, RM450 untuk kawasan Rockzone.

484666_203915046431418_53465898_n

Penjualan tiket secara atas talian (online) pula akan bermula pada 8 Julai (Isnin) melalui www.ticketcharge.com.my dan juga laman web penganjur www.galaxy.com.my.

 

 

2 Responses to “Tiket Konsert “Metallica Live In Malaysia” Mula Dijual 6 Julai Ini”

  1. ABDUL HAMID TAN says:

    Satu lagi budaya kuning yang yang war-warkan oleh Yahudi dan dihalalkan oleh negara yang mengakui negara Islam. hampir-hampir 80% daripada peminat Metallica adalah orang Melayu. Ia akan berlangsung di bulan Syawal di mana kita baru sahaja berperang dgn hawa nafsu menentang Syaitan laknatullah. Saya rasa kita tidak akan mati jika tidak turut serta dengan konsert tersebut. Wahai bangsaku..sedarlah kamu dari mimpi-mimpi ngerri tersebut!

  2. insomnia says:

    Ahh..x abis2 budaya kuning la..yahudi la..islam tu ksi bersatu dlu..xyah nk tuding jari..sbb x minat ckp la mcm2…

Leave a Reply