Suara Anak Muda FELDA http://www.feldavoice.com Suara Anak Muda FELDA Sun, 02 Aug 2015 13:14:05 +0000 en-US hourly 1 http://wordpress.org/?v=4.2.3 SKMM Diarah Tangani Fitnah Alam Maya – PM Najib http://www.feldavoice.com/2015/08/02/skmm-diarah-tangani-fitnah-alam-maya-pm-najib/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/skmm-diarah-tangani-fitnah-alam-maya-pm-najib/#comments Sun, 02 Aug 2015 13:14:05 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38556 KUALA KUBU BAHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memperkemas undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaan bagi menangani penyebaran fitnah di media sosial.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata sekiranya fitnah di media sosial dibiarkan berleluasa, ia akan mengubah paradigma pemikiran rakyat serta mewujudkan trend ‘perbicaraan melalui media sosial’.

“Bila berdepan keadaan ‘trial by social media’ (perbicaraan melalui media sosial) kita sebagai anggota pentadbiran dah diisytihar bersalah sebelum dibicarakan.

“Tetapi bila sampai kepada pembangkang, itu semua dianggap tuduhan fitnah, dianggap tidak benar…bukankah ini agak aneh,” katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini, hari Sabtu.

najib

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO bahagian Hulu Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan. Najib berkata kerajaan tidak boleh menghalang kemajuan teknologi namun tidak boleh memberikan kebebasan mutlak hingga perkara yang tidak benar menjadi benar.

Beliau berkata UMNO juga perlu menjadi pengamal media sosial yang aktif dan menyediakan program tertentu bagi menukar persepsi rakyat.

“Hari ini persepsi lebih besar daripada realiti, kita perlu faham bagaimana situasi berdepan serangan alam maya supaya kedudukan parti kita lebih baik,” katanya.

Tambahnya, anggota parti perlu memikirkan strategi bagi menarik sokongan rakyat dan tidak ‘syok sendiri’ dalam menjalankan sesuatu program.

Dalam pada itu, mengenai rombakan Kabinet baru-baru ini, Najib berkata beliau akan memastikan jemaah menteri menyampaikan perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

Najib juga berkata tiga UMNO negeri yang dikunjunginya iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan itu dan akan menjadi dorongan kepadanya untuk terus memantapkan parti dan membawa kejayaan kepada negara. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/skmm-diarah-tangani-fitnah-alam-maya-pm-najib/feed/ 0
22 Ditahan Reman Berhubung Perhimpunan Haram Di Ibu Negara http://www.feldavoice.com/2015/08/02/22-ditahan-reman-berhubung-perhimpunan-haram-di-ibu-negara/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/22-ditahan-reman-berhubung-perhimpunan-haram-di-ibu-negara/#comments Sun, 02 Aug 2015 13:11:53 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38551 KUALA LUMPUR – Seramai 21 daripada 30 peserta perhimpunan yang ditahan dalam perhimpunan haram yang dianjurkan beberapa kumpulan di ibu negara semalam, direman sehingga esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata seorang lagi direman sehingga Selasa atas kesalahan memiliki mercun.

loaf

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata mahkamah menolak permohonan reman untuk lapan individu lain.

Perhimpunan haram yang diadakan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur itu gagal mendapat sambutan setelah ia hanya dihadiri kurang 100 peserta berbaju hitam.

Menurut polis, penahanan 30 individu itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 143, Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, polis menahan reman dua individu berhubung sidang media bagi mengadakan perhimpunan haram itu yang diadakan pada Khamis lalu bagi membantu siasatan. – BERNAMA

sogo

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/22-ditahan-reman-berhubung-perhimpunan-haram-di-ibu-negara/feed/ 0
Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Di Simpang Pulai-Cameron Highlands http://www.feldavoice.com/2015/08/02/penunggang-motosikal-berkuasa-tinggi-maut-di-simpang-pulai-cameron-highlands/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/penunggang-motosikal-berkuasa-tinggi-maut-di-simpang-pulai-cameron-highlands/#comments Sun, 02 Aug 2015 13:06:24 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38548 IPOH – Seorang lelaki terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jabatan Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Mazlan Shaari berkata Norhazman Kassim, 50, dari Jalan Markisa, Kampung Jambu di Taiping, yang cedera parah, meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden itu berlaku pada 11 pagi apabila mangsa, yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlands, dikatakan bertembung sebuah kereta dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala motosikalnya musnah terbakar sementara pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan.

Beliau berkata anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Polis yang mengesahkan nahas itu berkata punca kejadian sedang disiasat. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/penunggang-motosikal-berkuasa-tinggi-maut-di-simpang-pulai-cameron-highlands/feed/ 0
Parti Politik Dedah Sumber Dana, Rakyat Dapat Maklumat – Abdul Rahman http://www.feldavoice.com/2015/08/02/parti-politik-dedah-sumber-dana-rakyat-dapat-maklumat-abdul-rahman/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/parti-politik-dedah-sumber-dana-rakyat-dapat-maklumat-abdul-rahman/#comments Sun, 02 Aug 2015 13:03:14 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38546 KUALA LUMPUR – Rakyat akan mendapat maklumat yang lebih jelas apabila cadangan untuk mewujudkan semula peraturan menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik yang diterima, dilaksanakan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan itu juga merupakan suatu proses reformasi yang perlu diambil setiap parti di negara ini bagi menepis segala dakwaan negatif selain mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kini terpulang kepada pembangkang sama ada mereka sanggup menyahut cadangan itu ataupun tidak.

“Kalau menolak, jangan tekan UMNO untuk dedahkan itu ini. Perbetulkan dahulu parti sendiri. Orang ramai juga ingin tahu dari mana sumber mereka dapat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, di sini, Ahad.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pengwujudan semula peraturan itu yang bertujuan memastikan parti politik lebih telus bukan hanya kepada anggota parti malah kepada penyokong parti masing-masing.

Cadangan itu pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/parti-politik-dedah-sumber-dana-rakyat-dapat-maklumat-abdul-rahman/feed/ 0
Khabar Kadar Denda Pesalah Trafik Berkuat Kuasa Ogos Yang Menjadi Viral Adalah Palsu – TKP JPJ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/khabar-kadar-denda-pesalah-trafik-berkuat-kuasa-ogos-yang-menjadi-viral-adalah-palsu-tkp-jpj/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/khabar-kadar-denda-pesalah-trafik-berkuat-kuasa-ogos-yang-menjadi-viral-adalah-palsu-tkp-jpj/#comments Sun, 02 Aug 2015 13:00:37 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38544 BIDOR – Khabar yang menjadi viral berkaitan penguatkuasaan dan kadar denda baharu ke atas pesalah trafik bermula 1 Ogos yang disebar sejak minggu lepas menerusi aplikasi media sosial WhatsApp dan Facebook adalah palsu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ariffin Che Mat berkata tiada sebarang penguatkuasaan baharu kadar demerit atau denda, dan beliau menganggap perkara itu sama seperti viral palsu lelongan awam jualan kereta yang berlaku di JPJ Perak baru-baru ini.

“Tidak sah dan tidak betul. Sebenarnya banyak lagi isu JPJ yang tidak sah sudah disebar tambahan pula JPJ giat membuat operasi pada musim perayaan baru-baru ini. Penyebar itu sendiri tidak tahu sama ada sumber itu sahih ataupun tidak.

“Pengguna aplikasi pula tiada kerja lain selain menyebarkan maklumat yang kononnya sensasi,” katanya selepas merasmikan Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am di sini Ahad.

Ariffin berkata kadar demerit dan denda baharu memang dalam perancangan cuma belum dilaksana dan bergantung kepada kerajaan untuk menguatkuasakannya.

Unit Perhubungan Awam sudah memberi maklum balas menafikan khabar viral berkenaan dan itu adalah daripada sumber yang sah.

“Tidak ada dalam undang-undang menyatakan penumpang yang duduk di sebelah pemandu jika di bawah umur 14 tahun adalah satu kesalahan, cuma yang menjadi kesalahan jika tidak memakai tali pinggang keledar,” kata Ariffin.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kadar kemalangan bagi tahun 2014 menurun iaitu 476,196 kes berbanding 477,204 pada 2013.

Beliau berkata penurunan berkenaan turut menyaksikan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga menurun iaitu 6,674 bagi tahun 2014 berbanding 6,915 pada 2013.

Mengulas program hari ini, katanya JPJ Perak mengumpulkan 598 peserta dari kawasan luar bandar untuk membantu mereka dalam urusan mendapatkan Lesen Memandu Percubaan Motosikal iaitu peserta hanya dikenakan bayaran minimum RM170.

Selain itu, beliau berharap golongan muda di Malaysia yang gemar dengan dunia permotoran menyertai Skuad Muda 1JPJ yang kini mempunyai keahlian lebih 170,000 orang. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/khabar-kadar-denda-pesalah-trafik-berkuat-kuasa-ogos-yang-menjadi-viral-adalah-palsu-tkp-jpj/feed/ 0
Polis Tahan Suspek Kes Bunuh Guru Al-Quran Di Jeli http://www.feldavoice.com/2015/08/02/polis-tahan-suspek-kes-bunuh-guru-al-quran-di-jeli/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/polis-tahan-suspek-kes-bunuh-guru-al-quran-di-jeli/#comments Sun, 02 Aug 2015 12:58:09 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38542 KOTA BAHARU – Polis menahan seorang lelaki berumur 52 tahun pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang guru al-Quran di Kampung Dendong, Jeli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Ahmad Taufik Abdullah berkata suspek yang dipercayai mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa ditahan pada pukul 7.30 malam, di kampung yang sama.

Suspek kini direman sejak semalam bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Ahad.

Ahmad Taufik berkata hasil bedah siasat mendapati sebelah pergelangan tangan dan kaki mangsa, Ruziah Saupi, 50 mempunyai kesan hirisan senjata tajam dan mangsa meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

“Kita menyiasat motif pembunuhan dari setiap sudut kerana kemungkinan wujud unsur lain dalam kes ini berikutan tiada kesan pergelutan atau pencerobohan di kediaman mangsa,” katanya.

Kehilangan Ruziah sejak Selasa (28 Julai) terjawab selepas mayatnya ditemui terbaring pada Khamis lepas dalam keadaan tidak bernyawa di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang, Jeli.

Mayatnya ditemui seorang penjala ikan pada pukul 12 tengah hari dalam keadaan mengiring di atas batu, kira-kira 400 meter dari rumahnya.

Terdahulu, Ahmad Taufik menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, melibatkan pemangku jawatan itu, Supt Sheikh Azhar Sheikh Omar kepada ACP Ahmad Fadzillah Mohamed, disaksikan Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Ab Rashid Ab Wahab.

Ahmad Fadzillah sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/polis-tahan-suspek-kes-bunuh-guru-al-quran-di-jeli/feed/ 0
Kerajaan Negeri Johor Peruntuk RM2 Juta Biaya 319 Bakal Haji http://www.feldavoice.com/2015/08/02/kerajaan-negeri-johor-peruntuk-rm2-juta-biaya-319-bakal-haji/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/kerajaan-negeri-johor-peruntuk-rm2-juta-biaya-319-bakal-haji/#comments Sun, 02 Aug 2015 12:54:15 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38540 JOHOR BAHARU – Kerajaan negeri Johor memperuntukkan RM2 juta bagi membiayai 319 orang bakal haji rombongan kerajaan negeri tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perbelanjaan tambang seorang bakal haji yang layak dan memenuhi syarat itu adalah sebanyak RM6,040.

mb johor

“Selain itu, dua orang pembimbing haji yang dipilih Jabatan Agama Islam Negeri Johor juga akan ditanggung tambang, makan minum serta penginapan yang melibatkan kos RM17,270,” katanya pada majlis meraikan bakal haji rombongan kerajaan Johor, di sini Ahad.

Mohamed Khaled pada majlis itu turut berpesan kepada semua bakal haji supaya menjaga keselamatan dan kesihatan semasa berada di Tanah Suci.

Beliau turut meminta bakal haji supaya menjalani ibadah dengan penuh penghayatan bagi memperoleh haji mabrur selain mendoakan tanah air.

“Dengarlah taklimat dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh petugas Tabung Haji. Jangan berebut-rebut, kawal tingkah laku serta tutur kata sepanjang di Tanah Haram,” katanya. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/kerajaan-negeri-johor-peruntuk-rm2-juta-biaya-319-bakal-haji/feed/ 0
#MH370: Objek Dipercayai Pintu Pesawat Ditemui Di Pulau Reunion – Skynews http://www.feldavoice.com/2015/08/02/mh370-objek-dipercayai-pintu-pesawat-ditemui-di-pulau-reunion-skynews/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/mh370-objek-dipercayai-pintu-pesawat-ditemui-di-pulau-reunion-skynews/#comments Sun, 02 Aug 2015 12:48:37 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38536 KUALA LUMPUR – Sekeping objek, mungkin pintu sebuah pesawat telah ditemui terdampar di Pulau Reunion, Lautan Hindi, menurut sumber Skynews, hari ini.

Menurut David Bowden dari Sky News, objek itu yang menyerupai pintu pesawat ditemui di lokasi berasingan dari tempat sekeping sayap ditemui lebih awal yang kini menjalani ujian di Perancis untuk menentukan sama ada ia berasal dari penerbangan MH370.

Pada Rabu, beberapa imej sebuah bangkai dipercayai sayap Boeing 777 di media sosial memberi harapan baharu dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang.

sayap-mh70

Airlive.net, laman web mengenai berita dan informasi industri penerbangan menyiarkan gambar di tweeter satu bahagian pesawat dan memuat naik status “Kepingan kepak ditemui di La Reunion Island, mungkin sayap #MH370?”.

Penerbangan MH370 lenyap dari imbasan radar pada kira-kira tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Jan tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengumumkan bahawa kehilangan pesawat itu adalah satu kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 orang di dalamnya dianggap terkorban. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/mh370-objek-dipercayai-pintu-pesawat-ditemui-di-pulau-reunion-skynews/feed/ 0
#MH370: Malaysia Akan Dapatkan Bantuan Wilayah Sekitar Pulau Reunion – Liow http://www.feldavoice.com/2015/08/02/mh370-malaysia-akan-dapatkan-bantuan-wilayah-sekitar-pulau-reunion-liow/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/mh370-malaysia-akan-dapatkan-bantuan-wilayah-sekitar-pulau-reunion-liow/#comments Sun, 02 Aug 2015 12:42:22 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38534 PUTRAJAYA – Malaysia sedang berusaha mendapatkan bantuan pihak berkuasa penerbangan di wilayah sekitar Pulau Reunion di Lautan Hindi bagi membolehkan para pakar melakukan analisis substantif sekiranya lebih banyak serpihan pesawat dijumpai di pulau itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata usaha itu dibuat melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memandangkan analisis substantif perlu dilakukan sekiranya lebih banyak serpihan dihanyutkan ke pantai kerana ia boleh memberi petunjuk tentang kehilangan Penerbangan MH370 lebih setahun lepas.

MH370 D

“Saya menggesa semua pihak supaya membiarkan proses penyiasatan penting ini berjalan seperti yang sewajarnya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ini adalah untuk kebaikan waris mangsa tragedi MH370 yang menunggu dengan penuh debar berita mengenai orang yang mereka sayang dan mengalami keperitan sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Menurut Liow, Rabu ini, wakil bertauliah dari Malaysia, Amerika Syarikat, China, Perancis dan Boeing akan mengambil bahagian dalam tugas membuat pengesahan tentang flaperon pesawat jenis Boeing 777 yang dijumpai di Pulau Reunion dan diterbangkan kemudiannya ke Toulouse, Perancis.

“Perkara ini disahkan pihak berkuasa Sepanyol bersama pengeluar pesawat Boeing, Lembaga Keselamatan Penerbangan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat dan pasukan Malaysia yang dianggotai DCA, MAS dan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia mengenai MH370,” kata Liow.

Flaperon Boeing 777 itu diterbangkan ke Paris pada 1 Ogos dan dibawa ke Toulouse melalui jalan raya.

Liow berkata pengumuman akan dibuat sebaik sahaja proses pengesahan selesai.

Penerbangan MH370 Malasyia Airlines hilang daripada pengesanan radar pada kira-kira tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika sedang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Usaha secara besar-besaran di Lautan Hindi selama beberapa bulan yang dilakukan pasukan daripada pelbagai negara tidak menjumpai sebarang kesan tentang pesawat itu. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/mh370-malaysia-akan-dapatkan-bantuan-wilayah-sekitar-pulau-reunion-liow/feed/ 0
STAR, MCKK Juara Bahas Piala Perdana Menteri http://www.feldavoice.com/2015/08/02/star-mckk-juara-bahas-piala-perdana-menteri/ http://www.feldavoice.com/2015/08/02/star-mckk-juara-bahas-piala-perdana-menteri/#comments Sun, 02 Aug 2015 12:37:29 +0000 http://www.feldavoice.com/?p=38531 KUALA LUMPUR – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dinobatkan johan Bahas Piala Perdana Menteri ke-42, masing-masing bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Menara Berkembar Bank Rakyat pada Ahad, MCKK berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut apabila menewaskan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan dengan membahaskan tajuk “This House Believes that the United Nation Human Rights Council should be Abolished”.

Manakala STAR menewaskan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dengan tajuk “Negara Maju Penyelamat Krisis Alam Sekitar”.

Pembahas MCKK, Amir Aniq Abdul Hazis muncul Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris, manakala Muhammad Faris Mohd Idris dari SMAP Kajang dinamakan Pembahas Terbaik kategori Bahasa Melayu.

Pertandingan perbahasan itu khusus bagi Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Juara membawa pulang wang tunai RM4,000, sijil penyertaan dan piala pusingan manakala naib juara menerima RM2,000, sijil dan piala pusingan.

Pembahas terbaik pula menerima wang tunai RM1,000, sijil dan hadiah iringan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Ab. Razak. – BERNAMA

]]>
http://www.feldavoice.com/2015/08/02/star-mckk-juara-bahas-piala-perdana-menteri/feed/ 0